Thursday, March 21, 2013
Sunday, November 25, 2012
UJIAN KECEMERLANGAN PASTI KEDAH 2012
Seramai 30 orang pelajar terbaik telah terpilih untuk menjalani
ujian kecemerlangan PASTI Kedah untuk menentukan pelajar cemerlang PASTI negeri
Kedah tahun 2012. Majlis yang di adakan di SRIDU, Tandop telah menemukan 2
pelajar cemerlang dari setiap 15 kawasan. Majlis yang bermula dari pukul 8.30
pagi dengan pendaftaran di kendalikan oleh MGP Kedah telah di akhiri dengan
upacara perasmian penutup yang telah di sempurnakan oleh Ybhg. Ust Ahmad b.
Yahya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah.
Jabatan PASTI Negeri Kedah Mengucapkan tahniah kepada kawasan
Kulim Bandar Baru kerana merangkul tempat pertama untuk kedua-dua kategori.
AdikPutri Nuralieya Arissa bt Mohd Asrul Afendi ( 5 tahun ) dan adik Muhammad
Adib Zakwan Mohd Zamri ( 6 tahun ) telah berjaya memperolehi markah yang
tertinggi. Tahniah kepada para pelajar, cawangan, kawasan dan PASTI Kedah!
Perkarangan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum
Kehadiran para pelajar, ibibapa dan tetemu.
Para pelajar berbaris sebelum memasuki bilik peperiksaan.
Friday, November 23, 2012
KEM BINA SAHSIAH GURU PASTI KEDAH 2012
Seramai 44 orang guru yang telah menyempurnakan kursus KAPP dan KSPP serta telah terlibat dalam konvokesyen PASTI Malaysia di Cameron Highland telah di panggil untuk melengkapkan latihan perguruan dalam Kem Bina Sahsiah Guru ( BSG ) PASTI Kedah 2012. Kursus telah diadakan di KEDA Resort Bendang Man, Sik bermula 20 hingga 22 November 2012.
Pelbagai aktiviti dan agenda yang khusus kepada pemantapan aspek fizikal dan kerja berpasukan yang telah di terapkan sepanjang 3 hari berkampung. Ternyata para peserta begitu di uji dengan aktiviti lasak sebagai mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik yang hebat dari semua sudut.
Semoga kem ini mencapai matlamat dan menepati objektif yang di kehendaki urusetia dan Jabatan PASTI Kedah. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ybhg. Ust Zulkifli Jusuh, Tim. Pengarah PASTI Kedah dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta. Tahniah kepada para guru, MGPNK dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Kembali bertemu dalam BSG akan datang!..InsyaAllah..
Pelbagai aktiviti dan agenda yang khusus kepada pemantapan aspek fizikal dan kerja berpasukan yang telah di terapkan sepanjang 3 hari berkampung. Ternyata para peserta begitu di uji dengan aktiviti lasak sebagai mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik yang hebat dari semua sudut.
Semoga kem ini mencapai matlamat dan menepati objektif yang di kehendaki urusetia dan Jabatan PASTI Kedah. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ybhg. Ust Zulkifli Jusuh, Tim. Pengarah PASTI Kedah dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta. Tahniah kepada para guru, MGPNK dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Kembali bertemu dalam BSG akan datang!..InsyaAllah..
Perbincangan latihan dalam kumpulan
Peserta terlibat dalam "jungle tracking"
Peserta meredah laluan hutan, sungai dan air terjun.
Memasak dan menjamu selera setelah pena berjalan dan menempuh halangan
Aktiviti " flying fork" yang perlu di tempuhi peserta
Ucapan pengerusi MGPNK, Pn Jawariah dalam majlis penutup.
Ucapan oleh pengarah program, Ust. Subky Sulaiman.
Ucapan perasmian penutup oleh Ust Zulkifli Jusuh, Tim. Pengarah Jabatan PASTI Kedah
Salam ukhwah oleh para peserta di akhir program sebelum pulang
Latihan kawad kaki dan menaikan bendera oleh peserta
Slot oleh Ust Sofi dari Jabatan Amal Kedah untuk pertolongan cemas, ikatan dan kendiri diri.
Saturday, July 21, 2012
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
" Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab
dan amalannya di gandakan"
Seluruh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kedah
mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1433H
kepada semua guru-guru, pengurus-pengurus PASTI
dan seluruh waris & murid serta warga PASTI Kedah dan Malaysia amnya.
Wednesday, May 30, 2012
KONVOKESYEN PERGURUAN PASTI MALAYSIA 2012 Graduan Guru PASTI Hebat dan Terlatih
CAMERON HIGHLAND: PASTI
Malaysia telah melangsungkan Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI kali ke-7 di
Century Pines Resort, Cameron Highland pada 29 Mei baru-baru ini dengan jayanya.
Majlis konvokesyen ini telah dirasmikan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden
PAS. Seramai 353 guru telah dikurniakan sijil perguruan masing-masing selepas
mereka berjaya menamatkan proses latihan perguruan yang ditetapkan.
Sewaktu berucap merasmikan Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia kali
ke-7 ini, Salahuddin merakamkan ucapan tahniah kepada para guru PASTI yang
berjaya menamatkan latihan masing-masing. Beliau juga mengharapkan mereka akan
menjadi guru PASTI yang hebat serta sentiasa bersemangat untuk mendidik
murid-murid di PASTI. Beliau turut melahirkan rasa syukur dan bangga atas
pencapaian PASTI, khususnya usaha gigih dalam melahirkan guru-guru yang
terlatih. Tegasnya, murid-murid yang hebat lahir daripada guru-guru yang hebat.
PASTI telah menjadi produk PAS yang sangat berjaya. Justeru, beliau amat
mengharapkan agar PASTI terus melakukan usaha penambahbaikan agar PASTI
sentiasa berada di hadapan dalam bidang pendidikan prasekolah di negara ini.
“Saya sangat optimis bahawa apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih
Putrajaya, kita akan sama-sama berusaha untuk menubuhkan Universiti PASTI
Malaysia”, tambah beliau.
Dalam pada itu, Hassan Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia juga
merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan guru PASTI yang berjaya
menamatkan proses latihan masing-masing. Tambah beliau, kumpulan guru yang
dikurniakan sijil perguruan dalam konvokesyen ini merupakan kumpulan guru
pertama yang mengikuti sukatan baru latihan perguruan PASTI yang lebih
standard. Kebanyakan mereka telah mendapat markah kelulusan yang tinggi,
khususnya dalam siri latihan praktikal keguruan dan peperiksaan akhir perguruan
PASTI. “Walaupun PASTI tiada kampus latihan, namun guru-guru PASTI telah
berjaya dilatih secara professional berdasarkan skema standard yang
ditetapkan’, tambah beliau. Beliau juga menegaskan bahawa semua guru PASTI
sedia ada di seluruh Malaysia akan terus dilatih dengan kurikulum latihan
perguruan yang komprehensif.
Sempena Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI kali ke-7 ini, Pn.Siti
Aminah Bt.Nurhaizan dari Perak telah dikurniakan Anugerah Presiden kerana
berjaya menjadi Guru Pelatih PASTI Terbaik keseluruhan. Manakala Pn.Zaviah
Bt.Mamat pula telah dikurniakan Anugerah Ketua Pengarah kerana mendapat
keputusan tertinggi dalam peperiksaan akhir guru pelatih PASTI. Menurut
Pengarah Bahagian Latihan Guru PASTI Malaysia, Jaafar Khalid, daripada jumlah
353 graduan guru PASTI tersebut, 29 orang guru layak mendapat sijil kelas
pertama, 124 guru layak kelas kepujian tinggi (Atas), 142 guru kelas kepujian
tinggi dan 58 guru pula kelas kepujian. Selepas majlis konvokesyen tersebut
tamat, Salahuddin Ayub bersempatan melihat dokumen latihan guru dan hasil-hasil
tugasan ilmiah guru pelatih yang dipamerkan.
YB Salahuddin Ayub menyampaikan ucapan perasmian Istiadat
Konvokesyen.
Sebahagian peserta konvokesyen.
Tuesday, May 29, 2012
SAMBUTAN HARI GURU PASTI MALAYSIA 2012
Guru Memacu
Kemenangan Ummah
CAMERON
HIGHLAND: PASTI Malaysia telah berjaya
mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 di
Century Pines Resort, Cameron Highland pada 28 Mei baru-baru ini. Sambutan Hari
Guru PASTI Malaysia yang dirasmikan oleh Dato’ Ust.Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua
Penerangan PAS Malaysia itu turut dihadiri oleh Nasrudin Hassan At-Tantawi,
Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ust. Shahril Azman, Ketua Pemuda PAS Pahang serta
dihadiri lebih 500 guru PASTI dari seluruh Malaysia.
Sewaktu berucap merasmikan Sambutan Hari Guru
PASTI Malaysia ini, Tuan Ibrahim melahirkan rasa syukur dan amat bangga dengan
pencapaian PASTI. Beliau begitu terharu atas penat-lelah dan pengorbanan besar
guru-guru PASTI dalam menjadi tenaga pengajar di PASTI-PASTI. Beliau
mengingatkan guru-guru PASTI bahawa segala penat-lelah dan titik peluh mereka
dalam mengasuh dan membimbing murid-murid menjadi insan yang soleh itu amat
besar pahalanya.” Jasa guru-guru akan dikenang dan disebut-sebut oleh manusia
hingga mati, bahkan akan terus dikenang selepas matinya’, tambah beliau. Tuan
Ibrahim juga mengharapkan agar anak-anak yang dididik dan diasuh di PASTI-PASTI
akan menjadi pejuang-pejuang dan pendokong-pendokong Islam di negara ini.
Dalam ucapan aluan, Hassan Aladi Ahmad, Ketua
Pengarah PASTI Malaysia merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua
guru PASTI. Beliau menegaskan bahawa peranan guru PASTI sangat hebat dan sangat
mulia. Beliau mengharapkan guru-guru PASTI dapat menyerlahkan kehebatan
murid-murid dan PASTI masing-masing agar dapat dicontohi oleh masyarakat.
Beliau juga mahukan guru-guru PASTI sentiasa mesra, senyum dan sopan dalam
menyantuni murid-murid dan ibu bapa. Hassan turut mengharapkan agar guru-guru
PASTI menjadi insan yang terkenal pada kaca mata penduduk di langit atas
pengorbanan, komitmen dan kesungguhan mereka menjalankan tugas di PASTI. Hassan
juga menegaskan tentang hala tuju baru PASTI dan usaha-usaha ‘rebranding’ PASTI
yang sedang dijalankan.
Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia kali ini
menyaksikan Pn.Norhayati Bt. Abd Razak dari Selangor telah diisytiharkan sebagai Tokoh Guru PASTI
Malaysia 2012. Turut menerima anugerah ialah Pn.Fadhilah Bt. Hamid dari Pahang
sebagai penerima Anugerah Tokoh Khadijah. Selain itu, Pn.Nora Bt. Abd Jalil
dari Terengganu dan Pn.Faridah Salamon dari Perak telah dianugerahkan sebagai Guru PASTI
Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012. Semua guru cemerlang PASTI
peringkat negeri dan guru yang paling lama berkhidmat turut dikurniakan
anugerah dalam majlis itu.
Ketibaan Dato’ Tuan
Ibrahim diiring masuk oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hj Hasan Hj Ahmad
Tokoh Guru PASTI
Malaysia 2012, Puan Norhayati Abd Razak dari Selangor diapit oleh Guru
Cemerlang PASTI Malaysia, Puan Nora Abd Jalil dari Terengganu dan Puan Faridah
Salamon dari Perak.
Setiausaha PASTI Malaysia bersama barisan ALP
PASTI Malaysia dan tetamu-tetamu.
Monday, May 28, 2012
MUKTAMAR GURU PASTI MALAYSIA 2012
Perwakilan Majlis Guru
PASTI Pilih Kepimpinan Baru
CAMERON
HIGHLAND: Muktamar Guru PASTI Malaysia 2012
telah dilaksanakan dengan jayanya di Century Pines Resort, Cameron Highland
pada 28 Mei baru-baru ini. Ijtimak yang dihadiri oleh semua perwakilan Majlis
Guru PASTI negeri-negeri seluruh Malaysia itu telah dirasmikan oleh Ustaz Nasrudin
Hassan At-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sewaktu
berucap merasmikan Muktamar tersebut, Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan penghargaan
dan menyanjung tinggi peranan guru-guru PASTI yang telah banyak berkorban dan
menabur bakti dalam membantu PASTI dan PAS. Penat-lelah guru-guru PASTI
tersebut juga merupakan sumbangan besar mereka dalam membantu perjuangan Islam
di negara ini. Beliau turut melahirkan rasa bangga atas pencapaian dan prestasi
PASTI pada hari ini. Tegasnya lagi, kejayaan dan kehebatan PASTI begitu
dicemburui dan dihormati oleh pelbagai pihak, termasuk kerajaan Malaysia.
“Guru-guru PASTI perlu lebih gigih, istiqomah dan ikhlas dalam menjalankan
tugas masing-masing di PASTI. Guru-guru PASTI juga perlu menjadikan diri mereka
sebagai model dan contoh yang baik kepada masyarakat kerana ia menjadi medium
dakwah yang berkesan”, tambah beliau. Ustaz Nasrudin Hassan turut menaruh
harapan besar kepada guru-guru PASTI agar dapat menjaga akhlak dan adab sama ada
di PASTI mahupun di luar PASTI. Sebelum menamatkan ucapannya, Ustaz Nasrudin
Hassan dengan penuh syahdu mendeklamasikan sajak khas untuk guru-guru PASTI di
seluruh Malaysia.
Sempena
Muktamar ini, Ustaz Nasrudin telah melancarkan Tabung Prihatin Guru PASTI
Malaysia. Tabung ini diharapkan dapat mengumpul sumbangan dana dan derma bagi
membantu guru-guru PASTI di negara ini.
Sebaik
selesai majlis perasmian, perwakilan guru-guru PASTI dari seluruh Malaysia
telah melangsungkan muktamar dwitahunannya. Muktamar pada kali ini telah
menyaksikan perwakilan-perwakilan Majlis Guru PASTI seluruh negeri telah
memilih dan memberi mandat kepada kepimpinan baru bagi sesi 2012-2014.
Keputusan pemilihan telah menepati ramalan awal pelbagai pihak, iaitu ketua MGP
lalu, Pn.Saadiah Abu Bakar serta saf kepimpinan lama telah diberi mandat bagi
meneruskan tanggungjawab memimpin MGP Malaysia untuk dua tahun lagi.
Ustaz Haji
Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyampaikan ucapan
perasmian sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia
Teraju utama Majlis
Guru PASTI Malaysia
Suasana muktamar
yang sedang berlangsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)