Thursday, September 17, 2009

SEMOGA AMALAN DITERIMA & BEROLEH KETAQWAAN

Alhamdulillah, segala perancangan dan program sempena Ramadhan yang dirancang oleh PASTI Kedah telah berjaya dilaksanakan.
Majlis Tadarus bersama Muslimat Kedah serta masyarakat awam telah dilaksanakan di permulaan Ramadhan. Diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa ALP PASTI, serta sumbangan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim hasil sumbangan badan korperat juga dapat dilaksanakan di Kompleks PAS Kedah pada 12hb Sept 2009 baru-baru ini.
Semalam satu program ringkas telah diadakan di Markaz PAS Pokok Sena, penyampaian "duit raya" kepada guru-guru PASTI kedah yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Ahmad bin Yahya. Duit raya ini adalah sumbangan peribadi YAB Dato' Seri Menteri Besar, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.
PASTI Kedah masih lagi mengharapkan sumbangan daripada semua pihakterutamanya untuk pembangunan dan pembaikan premis-premis PASTI di Kedah yang memerlukan. Hasrat PASTI Kedah untuk mendirikan "WISMA PASTI KEDAH" juga memerlukan sokongan dan sumbangan mereka yang budiman dan bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan di akaun BIMB 02011010047132 atas nama PASTI Kedah. Kepada semua pihak yang bermurah hati menderma, diucapkan jutaan terima kasih.

# mohon maaf tiada gambar dipaparkan bagi program yang dilaksanakan. Pihak kami akan cuba paparkan selepas ini.

Wednesday, September 2, 2009

PROGRAM PASTI KEDAH DI BULAN RAMADHAN

Jabatan PASTI Kedah telah merancang beberapa program sempena Ramadhan ini. Program ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat Ehya Ramadhan di kalangan warga PASTI Kedah khususnya guru-guru dan aktivis PASTI. Antara program yang akan dilaksanakan :

1. 4 September 2009, Tadarus Al-Quran guru-guru PASTI Kedah bersama Muslimat Kedah. Program yang bermula seawal jam 3 petang ini dan akan berakhir selepas tarawikh, anjuran DMPN Kedah dan Majlis Guru PASTI Kedah. Seluruh guru-guru Pasti Kedah diminta hadir.

2. Pada 7 september 2009 (Isnin) sempena Nuzul Al-quran seluruh PASTI di Kedah akan bercuti dan satu program dirancang sebagai memasyarakatkan PASTI. Tadarus guru-guru bersama staff SP Inn akan diadakan di SP Inn bermula jam 9.30 pagi. Program akan dimulakan dengan taujihat daripada Ketua DPPN Kedah, Al-fadhil ustaz Ahmad bin Yahya dan diikuti tadarus serta majlis khatam Al-quran. Program dijangka berakhir jam 1.00 petang. Program ini juga terbuka kepada muslimat sahaja.

3. Majlis berbuka Puasa bersama Kepimpinan Pemuda, ALP PASTI Negeri dan Ibu tunggal (guru pasti) dan anak yatim. Program ini akan diadakan pada 12 September 2009. Majlis ini dapat dilaksanakan hasil sumbangan dermawan yang melakukan kebajikan di Bulan Ramadhan yang berkah ini.

4. PASTI Kedah juga telah mengarahkan semua lajnah PASTI kawasan untuk mencari dana, bagi tujuan sumbangan kepada guru-guru di peringkat kawasan masing-masing. Antara sumbernya adalah jualan Taqwim Ramadhan, derma umum dan lain-lain sumber.

5. PASTI kedah sekali lagi berhasrat untuk memberikan bonus hari raya kepada seluruh guru-guru PASTI negeri Kedah. Jumlah kewangan dianggarkan RM 153,000.00 bagi tujuan tersebut. Setakat ini, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana dana yang masih tidak mencukupi. Kepada penderma yang budiman, di Bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala, marilah kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Mereka yang mempunyai hasrat tersebut boleh hubungi pejabat DPPN Kedah 04-7481120 atau salurkan di akaun BIMB atas nama PASTI Kedah 02011010047132.

Sekian.