Sunday, October 24, 2010

Anugerah PASTI 3K

Alhamdulillah, pada petang tadi Unit Penaziran PASTI Pusat telah turun untuk membuat penilaian untuk Anugerah 3K. PASTI An-Najwa, Padang Serai mewakili negeri Kedah telah disenarai antara 5 Finalis peringkat akhir. Pengarah PASTI Kedah dan juga beberapa orang ALP negeri telah menyambut rombongan pasti pusat. Ketua pemuda Padang Serai serta pengurus & ajk Pasti An-Najwa juga turut hadir.
Jabatan PASTI Kedah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PASTI padang serai dan Pasti An-Najwa yang berusaha sehingga berada di peringkat 5 finalis. TAHNIAH ....

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Hari Raya Aidil Fitri

Majlis Guru PASTI Kedah dengan kerjasama PASTI Kedah telah bejaya menganjukan Majlis Hai Raya PASTI Kedah yang menghimpunkan Ahli lembaga pengarah dan guru-guu serta keluarga masing-masing. Program ini aalah hasil inisiatif Majlis Guru PASTI Negeri Kedah.
Program yang bertempat i Chalet Puteri Ayu, Titi Hayun, Yan Kedah telah mula dihadiri oleh guru-guru daripada kawasan-kawasan seawal jam 8.30 pagi lagi. Setelah selesai menghidang jamuan yang disediakan oleh MGP Kawasan-kawasan, majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program Puan Jawariah Md Yakin merangkap Pengerusi MGP Negeri Kedah. Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Jabatan PASTI Kedah Ust Mohd Azam Abd Samat.
Majlis disambung dengan sumbangan duit raya kepada AJK MGP Negeri Kedah dan pengumuman an penyampaian haiah pemenang PASTI 3K peingkat negeri Kedah.
Setelah selesai ucapan, hadirin yang hair dijemput menjamu selera. Antara juadah yang disediakan adalah nasi minyak, gulai daging, ketupat,lemang, serunding,buah-buahan,kueh muih dan banyak lagi. Duit raya disampaikan oleh pengarah PASTI Kedah kepada kanak-kanak anak-anak guru yang menyerikan majlis tersebut yang hampir 200 orang .Kehadiran tetamu pada hari tersebut dianggarkan 500 orang.
Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kepada semua guru-guru an keluarga yang hadir Jabatan PASTI & MGP Kedah mengucapkan terima kasih dan kepada semua warga Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERPUASA & SALAM AIDILFITRI

Seluruh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kedah
mengucapkan
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
kepada semua guru-guru, pengurus-pengurus PASTI
dan seluruh waris & murid PASTI Kedah dan Malaysia amnya.

Sunday, August 29, 2010

Mesyuarat PASTI Pusat

Pengarah PASTI kedah telah menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat yang diadakan di Pejabat PASTI Pusat pada Sabtu 28 Ogos 2010 jam 10.00 pagi. Beliau ditemani oleh SUK PASTI Kedah, sdr Abd Rahman dan turus bersama wakil pengarah PASTI Penang Cikgu Azmi.
Kesempatan mesyuarat tersebut beliau mengambil peluang untuk mempromosikan produk "Serunding Ikan" PASTI Kedah, dan mempelawa pasti-pasti negeri untuk menjadi pengedar di negeri masing-masing.

Tadarus Al-Quran MGP Kedah

Majlis Guru PASTI Kedah telah berjaya menganjurkan majlis tadarus Al-quran pada 27 Ogos yang lalu. Program ini adalah program tahunan MGP Kedah. Program yang bermula jam 9.30 pagi ini, dihadiri oleh hampir 200 orang guru di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak.
Dalam majlis ini juga MGP memberi sumbangan pakaian kepada ibu tunggal di kalangan guru pasti hasil kutipan sumbangan guru-guru pasti Kedah. Dalam majlis tersebut Pengarah PASTI Kedah, telah melancarkan produk pasti Kedah iaitu serunding ikan. Setiap kawasan telah diagihkan 100 bungkus serunding ikan untuk dijual kepada waris-waris PASTI.

Saturday, August 21, 2010

Perkembangan PASTI Kedah

Alhamdulillah, beberapa perkembangan yang ingin saya sampaikan disini.
1- Setiausaha kerja PASTI Kedah
Mulai 1.6.010 pasti kedah telah mengambil seorang staf sebagai Setiausaha kerja bagi memperbaiki pengurusan Pasti Kedah. Saudara Abdul Rahman bin Omar berkelulusan ijazah KUIN.
2. Koperasi Pasti Kedah (akan maklum kemudian) sedang menunggu kelulusan penubuhan setelah diadakan mesyuarat agung penubuhan pada 31 Mei 2010 yang lalu. Masih menunggu surat kelulusan daripad Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Penubuhan Koperasi ini adalah untuk membantu dan memberi kebajikan kepada seluruh guru-guru PASTI Kedah.
3. Pasti Kedah juga telah menjadi Stokis Negeri intuk produk keluaran Kopasti Malaysia. Barangan tersebut adalah ubat gigi dewasa,ubat gigi kanak-kanak, biskut coklat, teh uncang dan coklat malt. Produk ini telah mul diancarkan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan baru baru ini. Sekarang produk tersebut boleh diperolehi daipada stokis peringkat kawasan (pasti kawasan masih dalam proses-baru 4 kawasan)
4-Serunding ikan dan air delima adalah produk yang sedang diedarkan oleh Koperasi PASTI Kedah. Pengedar yang berminat boleh terus hubungi Ustaz Saiful 012-5084700

setakat ini dahulu, banyak lagi yang ingin isampaikan. Nak siap untuk berbuka puasa dulu.

Mohd Azam Abd Samat

Friday, August 20, 2010

SELAMAT BERPUASA DAN BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum

Saya dahulukan ucapan selamat bepuasa sebelum selamat bertemu kembali. Elok jika dahulukan puasa kerana bulan Ramadhan ini dijanjikan dengan berbagai kelebihan. Saya juga mengharapkan semoga aktif semula blog ini dalam bulan yang mulia ini akan terus mendapat kekuatan daripada Allah untuk update maklumat berkaitan PASTI Kedah.

Terima kasih juga sokongan dan galakan daripada rakan-rakan untuk pihak pasti kedah update blog ini. Sebenanya banyak aktiviti yang kita lakukan, tetapi tidak sempat untuk di maklumkan kepada rakan-rakan. Dalam ucapan yang jika diberi kesempatan untuk berucap dalam sesuatu program, hanya sebahagiannya sahaja.

Harapan saya juga dengan blog ini, semua aktivis pasti khususnya dan masyarakat amnya akan dapat mengenali PASTI KEDAH dengan lebih dekat lagi. Insya Allah maklumat lain kita akan update kemudian seberapa segera. Cukup setakat ini dahulu, sebenarnya banyak yang ingin disampaikan khususnya usaha kita untuk mengaktifkan koperasi Pasti Kedah bertujuan membeikan kebajikan kepada guru-guru khususnya.

Sekian.
Mohd Azam Abd Samat
Pengarah Jabatan PASTI Kedah