Monday, May 28, 2012

MUKTAMAR GURU PASTI MALAYSIA 2012


Perwakilan Majlis Guru PASTI Pilih Kepimpinan Baru


CAMERON HIGHLAND: Muktamar Guru PASTI Malaysia 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya di Century Pines Resort, Cameron Highland pada 28 Mei baru-baru ini. Ijtimak yang dihadiri oleh semua perwakilan Majlis Guru PASTI negeri-negeri seluruh Malaysia itu telah dirasmikan oleh Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sewaktu berucap merasmikan Muktamar tersebut, Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan penghargaan dan menyanjung tinggi peranan guru-guru PASTI yang telah banyak berkorban dan menabur bakti dalam membantu PASTI dan PAS. Penat-lelah guru-guru PASTI tersebut juga merupakan sumbangan besar mereka dalam membantu perjuangan Islam di negara ini. Beliau turut melahirkan rasa bangga atas pencapaian dan prestasi PASTI pada hari ini. Tegasnya lagi, kejayaan dan kehebatan PASTI begitu dicemburui dan dihormati oleh pelbagai pihak, termasuk kerajaan Malaysia. “Guru-guru PASTI perlu lebih gigih, istiqomah dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing di PASTI. Guru-guru PASTI juga perlu menjadikan diri mereka sebagai model dan contoh yang baik kepada masyarakat kerana ia menjadi medium dakwah yang berkesan”, tambah beliau. Ustaz Nasrudin Hassan turut menaruh harapan besar kepada guru-guru PASTI agar dapat menjaga akhlak dan adab sama ada di PASTI mahupun di luar PASTI. Sebelum menamatkan ucapannya, Ustaz Nasrudin Hassan dengan penuh syahdu mendeklamasikan sajak khas untuk guru-guru PASTI di seluruh Malaysia.
Sempena Muktamar ini, Ustaz Nasrudin telah melancarkan Tabung Prihatin Guru PASTI Malaysia. Tabung ini diharapkan dapat mengumpul sumbangan dana dan derma bagi membantu guru-guru PASTI di negara ini.
Sebaik selesai majlis perasmian, perwakilan guru-guru PASTI dari seluruh Malaysia telah melangsungkan muktamar dwitahunannya. Muktamar pada kali ini telah menyaksikan perwakilan-perwakilan Majlis Guru PASTI seluruh negeri telah memilih dan memberi mandat kepada kepimpinan baru bagi sesi 2012-2014. Keputusan pemilihan telah menepati ramalan awal pelbagai pihak, iaitu ketua MGP lalu, Pn.Saadiah Abu Bakar serta saf kepimpinan lama telah diberi mandat bagi meneruskan tanggungjawab memimpin MGP Malaysia untuk dua tahun lagi.      

Ustaz Haji Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia.



Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia


 Teraju utama Majlis Guru PASTI Malaysia


 Suasana muktamar yang sedang berlangsung.



Tuesday, April 17, 2012

Saturday, February 25, 2012

Ijtimak Pilihanraya ke 13 Guru-Guru PASTI Malaysia

Syabas & Tahniah!

Ungkapan selayaknya untuk semua guru-guru PASTI dari seluruh Malaysia yang terlibat untuk program ini. Sudah pasti juga yang utamanya untuk semua guru yang mewakili kontijen Kedah. Penyertaan seramai 41 orang guru dan 2 ALP yang berkunjung ke PUTIK, Kelantan pada 24 & 25 Februari 2012 untuk program ini di manfaatkan sepenuhnya. Pengisian yang padat dan menepati kehendak untuk suntikan semangat menghadapi pilihanraya di perolehi dengan maksimun oleh guru-guru.

Semoga pengalaman ini menjadi momentum untuk lebih mantapkan gerak kerja di Kedah...Takbir!

"Veneu" program di PUTIK, Kelantan

Pendaftaran oleh Pengerusi MGP Kedah

Kontijen PASTI Kedah sebelum masuk ke dewan..

Kenangan bersama ALP dari 3 negeri..Kedah, Melaka dan Johor..

Suasana di dalam dewan semasa program berlangsung..

Pembentangan kertas kerja oleh Senator Mumtaz

Sebahagian peserta yang terlibat..

Semangat ketika mengalunkan Asmaulhusna..

Kenangan bersama semua guru-guru kontijen Kedah yang terlibat..

gambar kenangan bersama 2 ALP yang hadir..

Saturday, February 18, 2012

Kursus Pemantapan PASTI Kedah 2012

Kursus Pemantapan Guru PASTI Kedah 2012 pada 17 dan 18hb Februari telah berlangsung dengan jayanya. Objektif memberi pendedahan kepada guru-guru yang baru mula mengajar tahun 2012 telah mencapai matlamatnya. Kejayaan menghimpunkan 97 orang guru baru dari seluruh negeri Kedah di Madrasah Zubaidiyah dalam kawasan Merbok menjadikan landasan terbaik ke arah memberi pendedahan dan pengalaman untuk guru-guru menghadapi realiti sebenar bilik darjah.

Berkampung selama 2 hari dengan pengisian lebih fokus pada P&P dan peranan guru serta asas pengajaran di harapkan menjadi titik permulaan untuk guru-guru baru menempuh pengalaman bergelar "GURU PASTI"..

Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan PASTI Kedah, Ust Mohd Azam Abd Samat. Insyaallah guru-guru akan kembali berkampung untuk kursus KAPP nanti..


Sebahagian urusetia bersama Ust Mohd Azam untuk majlis penutup


Pengarah PASTI Kedah berucap untuk majlis penutup


Salam ukhwah sebelum berpisah


Latihan dalam kumpulan


Asyik dalam perbincangan


Tekun mendengar ucapan


Dewan utama Madrasah Zubaidiyah, Merbok


Pendaftaran








Sunday, December 25, 2011

Brainstorming ALP PASTI Kedah 2012

25 Disember 2011, Pantai Murni, Yan : Telah berlansung "Brainstorming ALP PASTI Kedah". Pengarah,semua timbalan pengarah dan harian ALP PASTI Kedah telah terlibat. Membincangkan halatuju, program dan perancangan untuk tahun 2012, semua yang terlibat bertungkus lumus memerah keringat otak untuk matlamat tahunan pasti tahun ini.

Bermula dengan Sektor ekonomi pada petang ahad 25hb, di sambung pada sesi malam untuk semua sektor perbincangan dalam suasana santai di homestay tepi pantai ternyata memberi ilham pada semua yang terlibat. Seisi berakhir pada keesokan harinya pagi 26hb dengan perbincangan umum dan penetapan halatuju suku pertama 2012..

Alhamdulillah semangat!..berazam lakukan terbaik!..PASTI Kedah Pasti!..

Ust. Nazri Ibrahim, Tim. Pengarah Sektor Ekonomi..ada projek baru tu


Dok perah otak nihh..

Orang-orang kuat PASTI Kedah..

Khusyuk mendengar pembentangan terakhir..


Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1432H


Ambillah peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan juga kemasyarakatan dengan bergotong-royong melaksanakan ibadah korban. Sambil bergembira dalam syukur, ingatlah kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Seluruh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kedah
mengucapkan
Salam Aidiladha 1432H
kepada semua guru-guru, pengurus-pengurus PASTI
dan seluruh waris & murid PASTI Kedah dan Malaysia amnya.