Friday, August 20, 2010

SELAMAT BERPUASA DAN BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum

Saya dahulukan ucapan selamat bepuasa sebelum selamat bertemu kembali. Elok jika dahulukan puasa kerana bulan Ramadhan ini dijanjikan dengan berbagai kelebihan. Saya juga mengharapkan semoga aktif semula blog ini dalam bulan yang mulia ini akan terus mendapat kekuatan daripada Allah untuk update maklumat berkaitan PASTI Kedah.

Terima kasih juga sokongan dan galakan daripada rakan-rakan untuk pihak pasti kedah update blog ini. Sebenanya banyak aktiviti yang kita lakukan, tetapi tidak sempat untuk di maklumkan kepada rakan-rakan. Dalam ucapan yang jika diberi kesempatan untuk berucap dalam sesuatu program, hanya sebahagiannya sahaja.

Harapan saya juga dengan blog ini, semua aktivis pasti khususnya dan masyarakat amnya akan dapat mengenali PASTI KEDAH dengan lebih dekat lagi. Insya Allah maklumat lain kita akan update kemudian seberapa segera. Cukup setakat ini dahulu, sebenarnya banyak yang ingin disampaikan khususnya usaha kita untuk mengaktifkan koperasi Pasti Kedah bertujuan membeikan kebajikan kepada guru-guru khususnya.

Sekian.
Mohd Azam Abd Samat
Pengarah Jabatan PASTI Kedah

No comments: