Sunday, August 29, 2010

Tadarus Al-Quran MGP Kedah

Majlis Guru PASTI Kedah telah berjaya menganjurkan majlis tadarus Al-quran pada 27 Ogos yang lalu. Program ini adalah program tahunan MGP Kedah. Program yang bermula jam 9.30 pagi ini, dihadiri oleh hampir 200 orang guru di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak.
Dalam majlis ini juga MGP memberi sumbangan pakaian kepada ibu tunggal di kalangan guru pasti hasil kutipan sumbangan guru-guru pasti Kedah. Dalam majlis tersebut Pengarah PASTI Kedah, telah melancarkan produk pasti Kedah iaitu serunding ikan. Setiap kawasan telah diagihkan 100 bungkus serunding ikan untuk dijual kepada waris-waris PASTI.

No comments: