Saturday, August 21, 2010

Perkembangan PASTI Kedah

Alhamdulillah, beberapa perkembangan yang ingin saya sampaikan disini.
1- Setiausaha kerja PASTI Kedah
Mulai 1.6.010 pasti kedah telah mengambil seorang staf sebagai Setiausaha kerja bagi memperbaiki pengurusan Pasti Kedah. Saudara Abdul Rahman bin Omar berkelulusan ijazah KUIN.
2. Koperasi Pasti Kedah (akan maklum kemudian) sedang menunggu kelulusan penubuhan setelah diadakan mesyuarat agung penubuhan pada 31 Mei 2010 yang lalu. Masih menunggu surat kelulusan daripad Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Penubuhan Koperasi ini adalah untuk membantu dan memberi kebajikan kepada seluruh guru-guru PASTI Kedah.
3. Pasti Kedah juga telah menjadi Stokis Negeri intuk produk keluaran Kopasti Malaysia. Barangan tersebut adalah ubat gigi dewasa,ubat gigi kanak-kanak, biskut coklat, teh uncang dan coklat malt. Produk ini telah mul diancarkan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan baru baru ini. Sekarang produk tersebut boleh diperolehi daipada stokis peringkat kawasan (pasti kawasan masih dalam proses-baru 4 kawasan)
4-Serunding ikan dan air delima adalah produk yang sedang diedarkan oleh Koperasi PASTI Kedah. Pengedar yang berminat boleh terus hubungi Ustaz Saiful 012-5084700

setakat ini dahulu, banyak lagi yang ingin isampaikan. Nak siap untuk berbuka puasa dulu.

Mohd Azam Abd Samat

No comments: