Monday, May 30, 2011

KOPASTI Kedah




Secara rasmi telah termetra penubuhan KOPASTI KEDAH. Sehubungan itu semua warga PASTI Kedah khususnya dan warga PASTI seluruh Malaysia di alu-alukan umtuk menyokokng dan membantu koperasi ini. Segala pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera..tunggu perkembangan selanjutnya.. Jazakallah..

Friday, May 27, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Pasti negeri Kedah telah menetapkan semua pelajar di PASTI cawangan akan menjalani peperiksaan Pertengahan tahun 2011 pada 23 hingga 26 Mei 2011..Semoga semua pelajar dapat menempuhi peperiksaan ini dengan jayanya..

Monday, May 16, 2011

Jasamu Dikenang

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh guru-guru Pasti Kedah yang telah menaburkan jasa mereka untuk menjayakan pengajaran & pembelajaran di pasti-pasti seluruh Kedah. Sesungguhnya jasa guru-guru tidak dapat dinilai dengan wang ringgit ataupun jutaan ucapan "terima kaisiH cikgu". Sesungguhnya pengorbanan dan jasa yang mereka taburkan amatlah besar khususnya kepada masyarakat setempat dan aktiviti parti secara amnya.

Selama beberapa tahun ini diamanahkan untuk menyumbang khidmat dalam kepimpinan PASTI kedah, kesungguhan guru-guru dan pengorbanan mereka dalam menjayakan setiap aktiviti amat tinggi. Mereka yang memegang jawatan sebagai AJK MGP Negeri dan kawasan secara khususnya seolah-olah bekerja dengan PASTI ini setiap hari termasuklah Jumaat dan Sabtu. Selain mengajar ahad hingga khamis, banyak program-program pasti dilaksanakan semasa cuti Jumaat dan Sabtu termasuklah, kursus guru, bengkel P&P, usroh & mesyuarat guru, jambori, Muqayyan, sukan, hari ujibakat dan lain-lain mesyuarat khas. Ini tidak termasuk program parti di peringkat cawangan, kawasan & negeri. Jika dianalisa, dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja dikhususkan untuk diri dan keluarga, khususnya mereka yang memegang jawatan kepimpinan guru.

Dilihat kepada pelaksanaan kerja yang dilaksanakan, dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru, harapan untuk menjadikan pasti sebagai institusi pra sekolah pilihan masyarakat khususnya di Negeri Kedah akan dapat dicapai. Dengan imbuhan yang sedikit, beban tugas yang banyak, menempuh karenah anak-anak murid yang pelbagai dan kesetiaan kepada parti menzahirkan keikhlasan guru-guru Pasti Kedah secara khusus dan seluruh Malaysia amnya.

Saya menyeru kepada seluruh jentera pengurusan PASTI semua peringkat untuk kita bersama-sama menghargai komitmen dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh guru-guru, dengan berusaha sedaya mungkin menjaga kebajikan mereka, meningkatkan kualiti premis PASTI yang lebih kondusif, serta mengambil tanggungjawab yang sama untuk memastikan pelaksanaan pendidikan PASTI dapat ditingkat dan dikembangkan. Saya juga menyeru kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan kepada Pasti Kedah dan guru-guru secara amnya untuk kita meningkatkan kualiti pembelajaran di PASTI dengan menyediakan latihan guru lebih menyeluruh, alat bantu mengajar dan lain-lain bahan yang diperlukan.

Guru-guru juga layak menerima sumbangan daripada para waris, sama ada infak biasa, zakat ataupun hadiah sebagai mengingati jasa mereka. Dikesempatan ini juga sekali lagi saya mengucapkan "SELAMAT HARI GURU"kepada seluruh guru-guru PASTI Kedah.

"Terima Kasih Cikgu Cikgu"

Daripada:
Mohd Azam bin Abd Samat
Pengarah PASTI Negeri Kedah.

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

Daripada
Pengarah
Seluruh Ahli lembaga Pengarah PASTI Negeri Kedah