Ahlan Wasahlan Selamat Datang kepada para kontijen!
Sunday, September 1, 2013
Thursday, August 1, 2013
PAKEJ UMRAH BULAN DISEMBER BERSAMA PASTI MALAYSIA
Alhamdulillah, setelah selesai Umrah Ekonomi PASTI Malaysia siri yang
pertama pada bulan Mei/June 2013 yang lepas, kini Umrah Ekonomi PASTI
Malaysia kembali lagi untuk siri yang kedua.
Pakej Umrah Ekonomi PASTI untuk kali ini akan diadakan pada musim
cuti sekolah bulan Disember 2013. Pasti Malaysia akan menawarkan dua
sesi pada kali ini, iaitu sesi pertama pada 16 hingga 27 Disember 2013,
dan sesi kedua pada 17 hingga 28 Disember 2013. Turut bersama-sama para
peserta pada umrah kali ini adalah YBH Tuan Haji Salahuddin Ayub, Naib
Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) .
Harga Pakej Umrah adalah sebanyak RM5500.00, dan yuran pendaftaran
sebanyak RM500.00. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Puan
Syutina atau Puan Syuhaida di talian 03-61876592. Atau boleh emailkan
sebarang pertanyaan ke pastimalaysiaumrah@yahoo.com.
Thursday, June 6, 2013
KUNJUNGAN MUHIBBAH PASTI KUALA TERENGGANU
Kehadiran di PASTI Taman Rakyat, Alor Setar
Sebahagian peserta rombongan mendengar ucapan
Ucapan dari ketua rombongan PASTI Kuala Terengganu
Penyampaian cenderahati daripada Setiausaha PASTI Kedah kepada ketua rombongan
Seisi bergambar bersama.
Friday, May 24, 2013
Thursday, March 21, 2013
Sunday, November 25, 2012
UJIAN KECEMERLANGAN PASTI KEDAH 2012
Seramai 30 orang pelajar terbaik telah terpilih untuk menjalani
ujian kecemerlangan PASTI Kedah untuk menentukan pelajar cemerlang PASTI negeri
Kedah tahun 2012. Majlis yang di adakan di SRIDU, Tandop telah menemukan 2
pelajar cemerlang dari setiap 15 kawasan. Majlis yang bermula dari pukul 8.30
pagi dengan pendaftaran di kendalikan oleh MGP Kedah telah di akhiri dengan
upacara perasmian penutup yang telah di sempurnakan oleh Ybhg. Ust Ahmad b.
Yahya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah.
Jabatan PASTI Negeri Kedah Mengucapkan tahniah kepada kawasan
Kulim Bandar Baru kerana merangkul tempat pertama untuk kedua-dua kategori.
AdikPutri Nuralieya Arissa bt Mohd Asrul Afendi ( 5 tahun ) dan adik Muhammad
Adib Zakwan Mohd Zamri ( 6 tahun ) telah berjaya memperolehi markah yang
tertinggi. Tahniah kepada para pelajar, cawangan, kawasan dan PASTI Kedah!
Perkarangan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum
Kehadiran para pelajar, ibibapa dan tetemu.
Para pelajar berbaris sebelum memasuki bilik peperiksaan.
Friday, November 23, 2012
KEM BINA SAHSIAH GURU PASTI KEDAH 2012
Seramai 44 orang guru yang telah menyempurnakan kursus KAPP dan KSPP serta telah terlibat dalam konvokesyen PASTI Malaysia di Cameron Highland telah di panggil untuk melengkapkan latihan perguruan dalam Kem Bina Sahsiah Guru ( BSG ) PASTI Kedah 2012. Kursus telah diadakan di KEDA Resort Bendang Man, Sik bermula 20 hingga 22 November 2012.
Pelbagai aktiviti dan agenda yang khusus kepada pemantapan aspek fizikal dan kerja berpasukan yang telah di terapkan sepanjang 3 hari berkampung. Ternyata para peserta begitu di uji dengan aktiviti lasak sebagai mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik yang hebat dari semua sudut.
Semoga kem ini mencapai matlamat dan menepati objektif yang di kehendaki urusetia dan Jabatan PASTI Kedah. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ybhg. Ust Zulkifli Jusuh, Tim. Pengarah PASTI Kedah dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta. Tahniah kepada para guru, MGPNK dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Kembali bertemu dalam BSG akan datang!..InsyaAllah..
Pelbagai aktiviti dan agenda yang khusus kepada pemantapan aspek fizikal dan kerja berpasukan yang telah di terapkan sepanjang 3 hari berkampung. Ternyata para peserta begitu di uji dengan aktiviti lasak sebagai mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik yang hebat dari semua sudut.
Semoga kem ini mencapai matlamat dan menepati objektif yang di kehendaki urusetia dan Jabatan PASTI Kedah. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ybhg. Ust Zulkifli Jusuh, Tim. Pengarah PASTI Kedah dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta. Tahniah kepada para guru, MGPNK dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Kembali bertemu dalam BSG akan datang!..InsyaAllah..
Perbincangan latihan dalam kumpulan
Peserta terlibat dalam "jungle tracking"
Peserta meredah laluan hutan, sungai dan air terjun.
Memasak dan menjamu selera setelah pena berjalan dan menempuh halangan
Aktiviti " flying fork" yang perlu di tempuhi peserta
Ucapan pengerusi MGPNK, Pn Jawariah dalam majlis penutup.
Ucapan oleh pengarah program, Ust. Subky Sulaiman.
Ucapan perasmian penutup oleh Ust Zulkifli Jusuh, Tim. Pengarah Jabatan PASTI Kedah
Salam ukhwah oleh para peserta di akhir program sebelum pulang
Latihan kawad kaki dan menaikan bendera oleh peserta
Slot oleh Ust Sofi dari Jabatan Amal Kedah untuk pertolongan cemas, ikatan dan kendiri diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)