Sunday, June 12, 2011

Road to Terengganu!....part I

9 Jun 2011 : Khamis...Perlawanan persahabatan telah di adakan diantara skuad bolasepak PASTI Kedah menentang KEMAS Sg Petani. Tujuan untuk menguji corak permainan,taktikal,teknikal dan kecergasan pemain telah mencapai matlamat. Para pemain telah menunjukkan corak permainan yang memberansangkan. Pemain telah di uji dengan 2 perlawanan, hasilnya PASTI telah menewaskan pasukan lawan dengan 4 - 0 pada perlawanan pertama dan kedua. Ternyata para penonton telah berpuas hati dengan keputusan ini. Sebelum ini beberapa perlawanan persahabatan juga telah di adakan antaranya Kenari Kid dan menghasilkan kemenangan. Tahniah di ucapkan kepada para pemain, jurulatih, En Fazli dan PASTI Sungai Petani. Insyaallah latihan intensif akan di teruskan di samping beberapa perlawanan persahabatan kompetetif untuk PASTI Kedah mengorak kejayaan di Terengganu nanti !

Bersama pengerusi, jurulatih dan para pemain..


Aksi menarik pemain..PASTI berjersi biru..


Bersalaman setelai selesai perlawanan


Friday, June 10, 2011

PASTI Al Hanan..


PASTI Al Hanan, Kg Tualang Tinggi, Pasir Putih Kelantan


Pada 7 Jun 2011...berkesempatan menziarahi PASTI Al Hanan, Kg Tualang Tinggi. Kunjungan atas urusan peribadi ke Pasir Putih secara kebetulan telah menemukan dengan orang kuat PASTI Al Hanan yang merupakan saudara rapat .Alhamdulillah ini menjadi kunjungan ukhwah antara PASTI 2 buah negeri. Pertemuan dengan pengurus PASTI, Pn Wan Hasanah dan Ust. Mohd Noor pastinya menjalinkan kisah cerita silaturahim yang semakin erat antara PASTI Kedah dan PASTI Kelantan



Bersama pengurus PASTI Pn Wan Hasanah, dan suami Ust Mohd Noor, imam masjid
Tengku Abdul Halim


Hadapan PASTI Al Hanan..terletak di dalam kawasan masjid.




Sunday, June 5, 2011

Jemputan untuk acara mewarna..

Ahad : 5 Jun 2011...Petang tadi jam 3.30 petangtelah berlansungnya perbincangan antara PASTI Kedah dengan Lembaga Muzium Kedah di pejabat muzium. Ini berikutan jemputan dari pihak muzium kepada PASTI untuk terlibat dalam Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah 2011. PASTI telah di jemput untuk terlibat dengan acara mewarna pada hari pertama. PASTI Kedah telah di wakili Ust. Azam dan Sdr. Ashraf manakala pihak Muzium Kedah di wakili Pn Rusdina..Alhamdulillah perbincangan berlangsung dengan mesra dan jayanya..Pihak PASTI mengucapkan terima kasih atas jemputan ini dan merupakan penghargaan yang sangat bermakna.

Saturday, June 4, 2011

Tengok tempat..

Jumaat - 1 Jun 2011...beberapa AJK pelaksana sambutan hari guru PASTI Kedah termasuk MGP Kedah telah berkesempatan melawat tempat cadangan untuk di adakan sambutan ini. Turut hadir S/U PASTI, pengerusi MGPK, ketua MGP Alor Setar dan beberapa ahli jawatankuasa kecil yang kebetulan selesai bermesyuarat di tempat berhampiran. Fizikal veneu yang cukup sesuai dan memuaskan hati tentunya akan menyemarakkan lagi semangat yang terlibat untuk melaksanakan majlis ini dengan hebatnya. Insyaallah kita akan berkampung di sini..

antara yang hadir...


Dewan yang tersergam indah..


Perbincangan untuk mendapatkan maklumat awal



Mesyuarat Khas MGP Kedah

Mesyuarat khas MGP Kedah telah diadakan pada Jumaat 1 Jun 2011 di Pejabat Pendidikan PASTI kawasan Alor Setar di Taman Wira Mergong. Mesyuarat ini khusus membincangkan persiapan yang perlu di laksanakan membabitkan urusan MGP Kedah untuk persiapan hari guru peringkat negeri Kedah. Mesyuarat di pengerusikan oleh pengerusi MGP Kedah, Pn Jawariah @ Kak Wa. Antara yang di bincangkan tentang penglibatan guru-guru kawasan, persembahan pentas dan acara “outdoor & indoor”. Semoga perancangan dan gerak kerja ini berjalan lancar dan memberi hasil seperti yang dirancangkan. Terima kasih MGPK!....Terima kasih juga kepada pengerusi PASTI Alor Setar, En. Fisal @ Abg Chon pinjamkan tempat untuk mesyuarat. Tempat selesa,makanan pun sedap!


Hadapan pejabat pendidikan PASTI Alor Setar


Okey..tulis dulu di white board..baru senang nak bincang


Seisi posing memosing..hehee..


Khusyuk berbincang dan melontarkan idea-idea..mantop!




Wednesday, June 1, 2011

Mesyuarat Khas Sambutan Hari Guru PASTI Kedah 2011

Sekolah Agama Integrasi Faizin ( SAIF )


Mesyuarat Khas Sambutan Hari Guru PASTI Kedah 2011 telah di adakan kelmarin pada 31 Mei 2011 di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) jam 3.30 petang. Hampir semua pengerusi kawasan hadir termasuk En. Hashim, pengerusi Langkawi dan beberapa kawasan yang menghantar wakil. Turut hadir pengerusi MGP Kedah dan jawatankuasanya. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Ust. Mohd Azam, Pengarah PASTI Kedah. Beberapa perkara penting telah berjaya di bincangkan dan telah mencapai kata sepakat untuk menjayakan sambutan ini pada 18 Jun nanti. Harap semua jawatankuasa pelaksana yang telah di amanahkan tugas dapat menunaikan tugasan dengan sebaik mungkin untuk kejaan program. Ayuh kita meraikan guru-guru PASTI Kedah dengan jayanya. Insyaallah bertemu kembali pada mesyuarat khas seterusnya minggu depan.

Program " Sayang PASTI II "




Alhamdulillah..kelmarin telah selesai berjaya Majlis Guru PASTI Kedah dengan kerjasama PASTI Kedah telah mengadakan kursus "Sayang PASTI II" bertempat di SAIF, Guar Chempedak. Berkampung selama 2 hari seramai 119 orang guru dari semua kawasan telah di beri pendedahan tentang perkara asas sebagai seorang guru PASTI. Mereka juga di dedahkan dengan teknik pengajaran yang sebenar sebagai seorang guru..Himpunan guru lama dan baru telah berjaya mencetus idea dan semangat pada kalangan para peserta..Insyaallah akan menyusul " Sayang PASTI III " kata pengerusi MGP Kedah Pn Jawariah Mohd Yakin. Tahniah pada saf-saf MGP Kedah, para peserta ,semua ALP PASTI Kedah, pengurusan PASTI kawasan, pihak pentadbiran SAIF dan semua yang terlibat..


Khusyuk memdengar kuliah..


Para peserta tekun dengan tugasan masing-masing


Bengkel teknik-teknik membuat ABM..


Pembentangan tugasan kerja berkumpulan


Lapaqqq..jom makan dulu..



Perbincangan pengerusi dan Tim. pengerusi MGP Kedah


Penceramah jemputan Tn Hj Mohammad Aman


Ucapan oleh Pengarah PASTI Kedah, Ust. Azam Abd. Samat




Gambar kenangan sebahagian urusetia yang terlibat