Majlis Guru PASTI Kedah dengan kerjasama PASTI Kedah telah bejaya menganjukan Majlis Hai Raya PASTI Kedah yang menghimpunkan Ahli lembaga pengarah dan guru-guu serta keluarga masing-masing. Program ini aalah hasil inisiatif Majlis Guru PASTI Negeri Kedah.
Program yang bertempat i Chalet Puteri Ayu, Titi Hayun, Yan Kedah telah mula dihadiri oleh guru-guru daripada kawasan-kawasan seawal jam 8.30 pagi lagi. Setelah selesai menghidang jamuan yang disediakan oleh MGP Kawasan-kawasan, majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program Puan Jawariah Md Yakin merangkap Pengerusi MGP Negeri Kedah. Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Jabatan PASTI Kedah Ust Mohd Azam Abd Samat.
Majlis disambung dengan sumbangan duit raya kepada AJK MGP Negeri Kedah dan pengumuman an penyampaian haiah pemenang PASTI 3K peingkat negeri Kedah.
Setelah selesai ucapan, hadirin yang hair dijemput menjamu selera. Antara juadah yang disediakan adalah nasi minyak, gulai daging, ketupat,lemang, serunding,buah-buahan,kueh muih dan banyak lagi. Duit raya disampaikan oleh pengarah PASTI Kedah kepada kanak-kanak anak-anak guru yang menyerikan majlis tersebut yang hampir 200 orang .Kehadiran tetamu pada hari tersebut dianggarkan 500 orang.
Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kepada semua guru-guru an keluarga yang hadir Jabatan PASTI & MGP Kedah mengucapkan terima kasih dan kepada semua warga Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
1 comment:
assalamualaikum.saya dan keluarga merancang buat family di chalet puteri ayu.tp xde contact no.nak pg sendiri jauh saya di kL.boleh x en send no tel chalet puteri ayu di email hajar_ct83@yahoo.com.terima kasih.
Post a Comment