PASTI Al-Luqman Taman Mutiara, Padang Serai adalah merupakan johan bagi pertandingan PASTI 3K bagi peringkat negeri Kedah dan calon ke peringkat kebangsaan( PASTI Malaysia ). PASTI yang menyewa 3 rumah taman ini menempatkan 150 orang lebih pelajar berumur 4,5dan 6 tahun. Sesi persekolahan dijalankan 2 sesi kerana permintaan yang tinggi dan tempat yang terhad.
Penyampaian wang tunai kepada pemenang pertandingan 3K tersebut di sampaikan dalam Majlis Tadarus MGP baru-baru ini. Johan menerima RM 500.00, naib johan PASTI Taman Pelangi, Kuala Kedah menerima RM 300.00 dan tempat ketiga menerima RM 200.00 PASTI Sg. Tengas Kulim/Bandar Bahru.
Jabatan PASTI Kedah mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengharapkan supaya semua pasti seluruh kedah akan turut menjayakan program ini pada tahun-tahun akan datang
2 comments:
Tahniah, semoga Pasti lain juga akan bertambah cantik dan ceria, Teruskan usaha mendidik anak bangsa..
Harap database dapat diisi dengan kadar segera.. Taklimat sudah diberi, Jangan tangguh lagi..
Post a Comment